New Year di MELAKA

Assalamualaikum and hye..

Cerita New year hari tu tapi tengah tahun baru update, dengan alasan asal ada point nak update blog.. heeee..
New Year trip to Melaka from us ;)

Since aku and kenkawan ni jenis yang setiap sem mesti akan cari hari yang kitaorang boleh gi bercuti sama sama kenkononnyer (padahal gi berjalan dekat dengan rumah member supaya dapat free homestay.. heheh) so kitaorang decided pergi Melaka untuk overnight on New Year. Bajet bajet jer overnight time New Year, kalau tahu kat abah memang dia suruh aku patah balik muadzam.

Aku dengan demamnya gagahkan diri jugak untuk drive dari Muadzamterdam ke Malacca. Nak bertolak pun macam macam hal, Ambik kereta pukul 5 tapi pukul 6 dekat muadzam lagi. Girls memang camtu kan, normal la tu. Dengan driver gi carik bantal dulu sebab tak cukup tinggi mana tak delay sejam.. heee

Sampai Melaka memang dah malam dalam pukul 11 gitu so ada sejam lagi before New Year, dengan hujan and jalan jam, perghhh,, memang mencabar bagi pemandu manual T_T"

Alhamdulillah dapat gak sambut new year sama sama and tengok bunga api dalam keadaan basah kuyup. Ada event sekali and ada artis datang nyanyi nanyi kat situ tapi tak kose aku nak tengok dalam hujan lebat time tu. Kitaorang just join countdown New Year jer.


celebrating New Year in the rain
Part ni aku saja pejam mata untuk feeling feeling.

Okay done celebrated New Year. Paling best part nak keluar dari tempat parking, dahla guard tu bagi free parking (tiket parking kitaorang takyah bayar katanya) lepas tu boleh pulak aku terlanggar sikit tiang penghalang tu. Punya ramai orang kat situ, dekat situ gak lah aku pilih untuk be careless and memalukan diri sendiri T_T. Tahniah Zu...

So esok tu sambung lagi konon kononnyer New Year trip kitaorang. Sampai jer bandar Melaka tengahari tu, OMG sesak sangat sangat. And berapa kali gak la kereta mati dekat bukit, maluuuu T_T . 
Pusing punya pusing carik tempat parking dalam 2x pusing gak la tengah tengah bandaraya yang jam tu. Abang polis tu pun senyum jer tengok kitaorang berpusing pusing. Dia punya jam memang jalan kaki lagi laju, agaknya kura kura pun boleh sampai dulu. 

Then time jam tak bergerak tu ada pulak pelancong pelancong (perempuan) nampak kitaorang ni stuck dalam jam. Dia cakap cakap sambil tunjuk ke kitaorang, aku agak dia cakap "Hey, try uolls see that, The smallest one drive the car, manual pulak tu". okay ngarut, hahah. Then dorang pun wish Happy New Year kat kitaorang siap lambai lambai lagi, halamakkk, terasa retis tiba tiba.. kehkeh



Oleh sebab jalan sangatlah sesak memang cari nahas la kalau naik kereta gi satu tempat ke satu tempat lain. silap silap habiskan masa dalam kereta jer seharian. So kitaorang pun ambik la insiatif naik basikal sewa. Murah jer pun sewa basikal, sambil jalan jalan area bandar melaka dapat exercise sekali, badan pun sihat yer dak?


Abam abam baju melayu photobomb gambar. amboii biasa dia tu, ngorat kang tahu la.. :P




 And here we are the first destination lepas lumba lumba naik basikal... River cruise, Malacca. (Sambil wefie meniru ala ala mira selfie.)
Dalam pada naik basikal macam orang jakun tu ada gak abam abam rider lambai tangan kat gadis gadis melayu ni, agaknya kagum tengok aksi willy kitaorang.. okay tipu... ;P

Dekat bandar hilir, tapi lalu jer, takde mood nak gi tengok tengok barang sebab mata masuk habuk. (aku sorang jer la yang lain jengah sikit jer lepas tu tak jadi nak beli souvenir)



Jalan jalan lagi kejap jer sampai A famosa, Tak penat pun :P . Kat situ ada sorang abang ni dengan ular ularnya. siapa nak bergambar dengan dia and ular tu kena la charge sikit. Tapi kitaorang ni suruh dia ambikkan gambar kitaorang. Kuciwa dia, kehkeh. 

yeahh, the new generation of Bedah sado


Then pergi pulak dekat art wall... Cantik gak la tapi macam bersepah sikit art wall tu. ada celah celah bangunan kedai ada dekat celah rumah orang so kena pandai pandai la cari. Kitaorang pun jumpa beberapa tempat jer lepas tu pulangkan balik basikal.




"Jangan kau melepaskan hajat kat aku sudah"

Dah puas round bandar melaka pergi pulak Pantai Klebang. Dekat situ ada macam satu tempat yang ada batu batu and kapal besar untuk ambik gambar rasanya. Tapi sebab kitaorang sampai sana dah dekat maghrib so bergambar tepi pantai jer la. Lepas tu, perkena coconut shake and keropok leko melaka.. nyum nyum.. makan ringan ringan jer dulu sebab dah plan nak makan malam dekat Abang Burn burger. 

Burger dia besar kot, katanya buat sendiri daging burger tu, tu yang special. Ada pulak otak otak, kepah and kerang bakar.. perghhh,, meleleh air liur ingat balik. Time tu bedal gak la kepah tu cicah pulak dengan sambal (first time makan, sebelum ni tak suka spesis spesis kerang ni) Bila try sedap lak, so makan and makan lagi. Then nak balik tu sesak nafas and gatal gatal tekak, hahah.. allergic rupanya.. padan muka T_T


Ni namanya feeling feeling angin monsun barat daya tepi pantai







Esoknya, masa untuk pulang...

yer.. Driver takde mood dah.. Penumpang boleh berbahagia sebab tak drive..

When girls said "Okay kita terus balik tak singgah mana mana dah" adalah satu penipuan yang terang lagi bersuluh sebab lepas tu dorang ajak gi beli souvenir, berhenti gi toilet and singgah mall.. hahah T_T

That's all for this trip. From Dayah, Ayu, Azreen, Kartica and Zu

Hope akan ada another trip after this... Kalau masing masing tak pokai la for last sem.. heheh. Last sekali aku wish korang semua berbahagia lah cuti sem ni tapi FYP jangan dilupakan.. kah kah.

That's all.. thank you for read... prudo~

Comments

korng patut pegi the shore la sy rasa..
korng patut pegi the shore la sy rasa..
siti zulaikha said…
the shore? kat mna?
QasehnyaRania said…
bestnya jenjalan melaka. x sabar tunggu rania genap dua tahun. bru syiokk travel bla ank dh blh mkn apa yg umiayahnya makan..

nice sharing dear :)
siti zulaikha said…
Rasanya ada basikal untuk bawak budak kecik jugak.

the most reading entry

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Haid dan Istihadhah

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D