Zombie Gadget

hye again.

family aku ni tiap tiap malam ada buat bacaan hadis hadis nabi (we call it "Ta'lim". sorry aku tak berapa reti nak describe. dalam tu ada ayat al quran, pasal solat, sedekah, ilmu, ikhlas, ramadhan. senang cerita memang complete pasal islam).



memang sejak kecik lagi abah and mak dah didik kitaorang untuk duduk dalam majlis ta'lim tu and for sure dengan adab seperti tutup aurat dengan sempurna and berikan tumpuan kepada bacaan ta'lim tu sebab majlis majlis ilmu macam tu malaikat akan duduk dengar sekali.

dulu ada terniat nak bagi kat orang tersayang sebab dia kurang tau pasal agama.
tapi payah sikit nak cari ta'lim. bukan semua tempat ada.

honestly, aku pun tak ada la selalu sangat berikan tumpuan dengan sempurna. selalunya bila tengah ta'lim tu aku akan sakat orang or menconteng buku or kadang kadang main gadget. lagi teruk bila aku pura pura tidur time ta'alim. turn aku baca pun aku selalu ngelat tapi aku suka jer dengar. sebab setiap hadis yang dibacakan tu umpama nasihat and pendoman hidup.

maaf panjang sangat bebel. okay start cerita.



so malam tadi time majlis ta'lim tu semua yang ada kat rumah tu duduk and dengar . everyone except abah and imran sebab dorang takde rumah. last night turn Angah baca ta'lim and aku yang kena muzakarah (sebut kebesaran Allah swt).

masa angah baca Ta'lim tu yang lain semua main handphone except mak and aku sebab aku pemerhati, then dalam tengah baca tu tetiba handphone dia bunyi so dia angkat and mak mintak dikpi gantikan (dikpi pun tengah main phone time tu).


once habis jer baca masing masing dengan handphone. sibuk dok scroll Fb, wechat apa semua.
ehh jap muzakarah tak buat lagi, and masing masing senyap dengan handphone masing masing. aku pandang mak and mak tengok jer anak anak dia yang main gadget tu. aku dua tiga kali tanya siapa nak muzakarah and mereka krik krik lagi. lastly mak suruh aku buat (turn iqbal tapi budak kecik 2 orang tu dah tertidur). kerana terpaksa aku relakan. aku buat laju laju (jangan tiru aksi ini. =P)



dah habis ada mesyuarat untuk tentukan siapa baca esoknya. aku tanya 2 3 kali siapa nak baca and muzakarah apa semua tapi depa dok krik krik lagi. tension aku so aku tibai jer tulis nama sesiapa.
that time semua anak anak mak ada tapi semua sibuk main handphone and mak hanya mampu tengok jer, nak nasihatkan memang berbuih mulut dah lagipun semua dah besar panjang. sumpah aku sebak tengok situasi camtu. for me that time sepatutnya dorang semua berborak dengan mak and gadget tu patutnya main dalam bilik jer or time kau sensorang. depan family silalah campak jauh jauh.


mak takde gadget and mak tak suka habiskan duit ke arah tu, katanya membazir and membuang masa dengan benda yang tak berfaedah. mak betul, since adanya gadget kurangnya komunikasi kami dengan orang kat depan mata. tengok jer la time raya hari tu, semua sibuk main handphone kat rumah orang. mak macam segan dengan tuan rumah and mak banyak kali cubit kitaorang supaya simpan handphone tu.



Gadget banyak bawak keburukan dari kebaikan sebab kami tak gunakannya dengan baik. yang lelaki sibuk mencari kawan perempuan dalam media sosial, yang perempuan pulak sibuk update itu dan ini untuk tagih perhatian. i'm sorry mak.



sumber gambar : Googol

p/s: ingat tak zaman dulu time semua orang takde smart phone? bila nak call bawak duit syiling banyak banyak and kena pergi public phone.

dulu mak akan bawak kitaorang adik beradik ke public phone malam malam untuk call mak long and kalau abah outstation mak akan call abah. sementara tunggu mak call kami pergi main kejar kejar. seronok sangat..

ingat tak bertapa seronoknya dunia kanak kanak kita dulu dengan pelbagai permainan macam bayblade, gasing paku, yoyo, senapang manik, panjat pokok, mandi lombong, mancing ikan, main basikal and paling best ambik kusyen banyak2 buat kubu /rumah and nyorok dalam tu. 
omaigadd i miss that precious moment. Emotikon grin

that's all. thanks for read. 

Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D