losing weight (my 6 kg losses)

assalamualaikum and hye guys *lambai lambai*

semalam time lunch time aku singgah solat kat surau Giant and laluan keluar masuk nak gi surau tu ada mesin penimbang. Mata memang aim jer menda alah tu, bajet lepas solat nanti nak gi timbang gak sebab berbulan dah tak timbang. Bila dah timbang aku rasa aku masih selamat nak melantak macam macam. tapi menda alah tu taknak print result dia. erghh..

Dulu time kat poli kalau keluar dengan ady mesti pujuk dia ajak gi Pantai Selamat *mall kat muadzam* untuk timbang berat (tiap2 minggu timbang). and sekali ngan dia aku ajak timbang. kalau aku lagi berat dari dia, aku merajuk taknak kawan dia ataupun ugut dia yang aku tak nak makan..
hek hek... teruk gila perangai, macam la dia kisah dengan ugutan gangster ala budak darjah satu tu.

sampai satu tahap bila masuk jer pasaraya pantai tu dia pandang aku siap siap and "haa nak gi timbang la tu, tak payah la minggu lepas dah timbang" paling best bila "awak tunggu luar, biar saya jer masuk dalam" hahah kuang asam beb taknak bagi aku timbang and paksa dia timbang. T_T

p/s: dulu ady nih lagi ringan dari aku. but since aku ugut dia macam macam and aku pun kemain gigih kurangkan makan maka yeayyy berat aku lagi ringan.. pheww. :D

p/s: aku tak gemuk, dia yang kurus sangat.

aku ni tak ada la gemuk sangat (sedapkan hati sendiri) tapi tersangatlah obses dengan berat aku. tahap obses dia tu sampai aku tiap tiap hari membebel kat ady suruh dia naikkan berat dia and then aku diet makan nasi satu senduk jer sehari. makanan ringan pun aku tak sentuh and result dia sangat kebabomm sebab dalam masa 3 minggu aku hilang hampir 6 kg
*aku buat eksperimen ni time cuti semester 3 minggu. tak makan apa apa product and memang tak exercise langsung*

banyak ni jer. mental kena kuat tau. tahan nafsu tu.

sebelum cuti semester dah timbang dah and berat aku dalam 45kg gitu then lepas jer cuti timbang.... taraaa less than 40 kg. time cuti memang tak timbang langsung. keluar rumah pun dua tiga kali jer sebab jadi driver mak. selebihnya melayan drama korea. tidur pukul 10 pagi.. bangun matahari dah tercongok atas kepala. then ulang benda yang sama. makan lak time betul betul lapar tapi cuma satu senduk nasi. tak pernah lebih.

and selalu gak aku minum jus lemon. sekali minum tu guna sebijik lemon and segelas air. kalau takpun aku makan jer lemon tu cicah garam *yeahh, i know i'm weird*
 bestnya jus lemon ni sebab dia macam cuci usus tau. pagi korang minum then dalam tengahari korang boleh mulakan marathon ke toilet. lepas tu mesti rasa perut kempis semacam jer, kosong and rasa lapar.. haha.

satu lagi betik. aku tak tau la kesannya kat orang lain tapi kalau aku makan dua tiga potong betik tu sebelum makan nasi, memang beberapa jam lepas tu betik tu keluar balik ikut lain *maaf kalau korang ter imagine* heheh



Masuk jer poli sem 3 semua kenkawan aku bahan sebab aku dah macam tengkorak berjalan. sedih weh.. semua orang tak suka aku kurus T_T.
sepanjang cuti tu pun memang abah takde rumah then bila aku balik cuti bulan 3 abah marah aku sebab kurus sangat. katanya aku dah macam jerangkung.. pftttt...  T_T .

actually aku ada simpan kertas timbang berat tu tapi oleh sebab wallet aku hilang hari tu maka bukti bukti telah terhapus. telefon lak kena format, SD card tetiba nak rosak sendiri. best memang best. rasa macam malangnya aku sem 4 nih. huk huk huk  T_T


form 5 zaman cik esah ternak aku. almost 50 kg beb  (~T_T)~



zaman form 6. slow slow turunkan berat badan tapi hampeh gak. haha

time raya 2013. terlibat dengan geng lelaki. takde kawan perempuan time ni T_T


sem 2. gemuk sebab terlibat dengan fitness silat. 

time sem 2. gemuk sebab fitness sem 1. Lepas fitness bantai makan bersenduk senduk nasi goreng and bihun goreng


 Masuk sem 3. baru lepas eksperimen diet. kurus memang kurus tapi takde tenaga langsung sampai nak bukak botol air pun tak larat.

masuk sem 3. nampak kurus kan. :P

muka pucat macam mayat and terasa lemah sebab diet yang tak betul and tak exercise.

Noted: nak kurus memang mudah tapi nak kurus cara sihat tu yang payah. kalau setakat kurus tapi lembik better tak payah la kan. nak kurus cara sihat is makan ikut masa and kurangkan kuantiti. then jangan lupa untuk lakukan aktiviti fizikal yang keluarkan peluh supaya sihat and tambahkan stamina. tapi lepas exercise tolong jangan melantak macam hantu raya okay.


nahh siapa yang nak perut kempis tu. boleh tekan link atas ni yer :D


Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D