Kasut Aladdin and Vape


Assalamualaikum and hai everybody 

Oleh sebab demam aku baru nak beransur sembuh tapi aku tetap gagahkan diri untuk gi kerja maka hari ni aku dapat belajar and merasai pengalaman baru kat tempat praktikal aku nih.

Walaupun seharian kat tempat kerja aku lebih banyak meroyan melayan facebook. mana taknya, tengok video prank *nangis* tengok video kucing comel *nangis* tengok video budak cute *nangis* tengok video masakan pun nangis. hebat gak penangan broken heart ni. tu la dulu selalu sakitkan hati orang lain kan. padan muka aku lak *crying*

okay stop cerita pasal meroyan. meroyan ni kalau nak hilang ambik masa berbulan tau. *untuk aku la*
okay again.. stop zu... T_T

and today pagi pagi lagi dah dapat job pasang wayar internet untuk staff kat bahagian pentadbiran tu. tapi aku tak nak pun cerita pasal tu. ni cerita pasal masuk tempat katering hospital. tempat yang aku idamkan selama ni. mana taknya, setiap kali lalu lalang waktu pagi mesti bau masakan yang sedap sedap. meleleh air liur aku.

and today dapat job untuk pasang rangkaian internet tapi connection dia pakai electric *wow* 
but sebelum masuk tu korang kena pakai pakaian yang disediakan dulu tau. takde la seteruk macam masuk dewan bedah. just penutup kepala, apron,pakai mask (aku tak pakai sebab bukannya aku nak masak pun, aku masak tak sedap :P) and tukar kasut or pakai kasut aladdin??



                                                 
tengok... dia dah habaq awai awai suruh tukar before masuk.



                                                      

ni cik usop pakai hair net (padan muka kena pakai, tu la lain kali pakai tudung :P). ni kes takut kang lalu lalang dalam tu rambut gugur and masuk lam kawah. sian kat pesakit nanti.

                                 
ni kawah dalam jabatan katering. siapa nak main nyorok nyorok boleh la masuk lam tu. serius besar. aku nak masuk dalam tu pun muat. che mat jer la kot yang tak muat nak dok dalam tu
 *maaf che mat*



taraa... ni la kasut aladdin. dia macam topi hair net tapi sarung jer kat kasut korang. actually orang lain pakai tak jadi pun bentuk camni, aku pakai jadi cam kasut aladdin sebab kasut aku ada muncung yang tajam *bak kata kawan aku kalau sepak orang dengan kasut tu boleh elok buasir orang tu*


 and ni pulak nak pasang sambungan internet guna menda alah ni (lupa nama dia). just cocok jer ke soket elektrik terdekat dengan komputer atau switch.

kena ada dua tau. satu pasang la kat switch. satu lagi pasang dekat komputer korang. dari menda alah tu nak ke switch/komputer kena pakai wayar LAN hokay. sambungkan silatulrahim mereka dengan cable LAN.

  
this is SWITCH.
lepas dah sambungkan tu ada satu butang reset dekat menda alah tu. korang tekan sampai lampu dia blinking. (untuk dia search partner menda alah dia) and then siap

dah siap apa lagi.. kita hisap VAPE dulu... lega kerja dah siap kan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


haa ni VAPE dia. 

hahaha... okay melawak jer. perkenalkan ni adalah cable tester untuk korang uji wayar LAN korang tu betul ke tak susunan dia/ untuk korang check apa masalah sambungan wayar internet korang.

*aku melawak kat FB and Wechat pasal vape cable tester and reaksi kenkawan aku terkejut beruk. aku agak dia akan kecewa kalau aku hisap menda alah ni kan. hahah*

that's all.. thanks for read.




Comments

ingatkan kasut aladdin n vape betul2 tadi...huhuhu...

the most reading entry

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

Haid dan Istihadhah

Period/Haid Lewat 3 Minggu

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D