Gosok baju zaman sekolah vs zaman ipta vs zaman kerja


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

**pinggu ni rajin sangat la sampai selimut and towel pun dorang gosok. musykil aku**

Hari nih nak story mory kisah aku pasal gosok baju. tak tahulah sama ada aku saja yang rasakan kemalasan berganda bila nak gosok baju gi kerja atau perempuan lain pun sama.

kita start cerita dari zaman sekolah dulu ea then ke IPT then baru zaman kerja 
*sebenarnya praktikal jer...kah*


Zaman sekolah :

Zaman ni lah aku paling rajin nak mati. masuk jer tingkatan 1 gosok baju sendiri kan . mula mula tu ala kadar jer la tapi bila masuk tingkatan 2 tetiba aku jadik miss perfect. aku gosok satu baju jer dekat sepuluh minit. aku akan pastikan takde satu kedut kecik pun kat baju and kain sekolah aku tu. kadang kadang lambat gi sekolah sebab gosok baju punya lama jer (dulu tingkatan 2 sekolah petang). 

haa tu baru baju kurung sekolah belum lagi tudung. kalau tudung memang ya rabbi..ya karim..ya salam la aku dok gosok sampai la tudung tu menjadik and cantik awning dia bila pakai. selagi tak elok aku takkan putus asa and teruskan usaha menggosok aku. pernah ada kes aku sanggup tak pergi sekolah sebab tudung tak menjadi. sebab tudung jer weh sebab tudung. 

ada gak satu kes time hari sukan sekolah aku dah banyak kali gosok tudung tapi still tak okay lagi and aku pun mengamuk ngamuk then kata malas pergi sebab tudung tu gila. mak aku ambik tudung aku, gosokkan and buat apa ntah then dia bagi balik kat aku suruh pakai. bila pakai ehh elok jer awning dia. then mak pun "haa tu elok jer, mana ada tudung tu gila. lantak la tudung tu yang penting gi sekolah, bukan ada orang nak kesahpun.. and bla..bla bla" *mak bebel*

nak buat camne anak mak ni pehmes tu yang kena jaga penampilan. *hak hak.. muntah*

satu lagi time zaman sekolah dulu aku cukup pantang kalau aku dah gosok tudung ada orang usik. walaupun sekadar nak alihkan. kalau adik adik aku yang usik memang aku marah and cubit dia. sian dorang.. haha . lepas tu akan tengok ada kedut tak then gosok lagi. pehal rajin sangat?   -_-"
(dulu memang panas baran and brutal tahap max... sekarang okay dah :D)

owh yer.. baju t-shirt aku nak keluar main bola dengan budak lelaki pun aku gosok gak (setiap hari). marah mak sebab baju t-shirt pun nak gosok and nanti bil elektrik tinggi katanya. 



yeahh.. i'm sick too iron man 

Zaman IPTA :-

Zaman ni permulaannya rajin gak gosok baju apa semua. lepas tu hampeh.

sem 1- malam malam lagi dah siapkan baju untuk esok pagi. siapkan semua barang apa semua. tudung wajib iron cantik cantik and sidai kat tepi katil supaya tak kedut sikit pun. bila hujung minggu nak gi bandar kadang kadang sampai baju t-shirt pun aku gosok sikit. tapi takla macam zaman sekolah dulu. nak gi turun cafe jer pun siap gosok lagi tudung

sem 2 - kadang gosok malam kadang gosok pagi sebelum ke kelas. gosok cincai cincai jer sebab ngantuk or nak cepat. tudung lak gosok sebelah jer.. then gosok tengah tudung untuk bahagian muka. siap. nak keluar gi bandar gosok tudung jer, tu pun gosok tengah jer (Tudung yang dah guna). nak gi cafe kadang kadang capai tudung yang dah pernah guna kadang kadang pakai tudung sarung.

sem 3- kalau rajin gosok untuk seminggu terus kalau malas cari baju yang tak payah gosok. atau baju yang dah gosok tu pakai 2 kali sebab kelas sekejap jer (sem 3 banyak kelas cancel.. bahagiaaa). minggu ni pakai sekali then mingu depan pakai lagi sekali. baru basuh. tudung pun buat macam baju atau pakai tudung yang takyah gosok. nak keluar gi bandar carik baju and tudung yang takyah  gosok. nak turun cafe pakai tudung sarung jer. senang.





Zaman Kerja (praktikal sem 4)

zaman ni minggu pertama jer aku gosok baju sekali gus untuk seminggu. minggu kedua dan seterusnya memang pakai baju yang takyah gosok. just gosok tudung jer before gi kerja kadang kadang tudung pun carik yang xyah gosok 
(p/s: kalau selalu nampak aku kerap pakai tudung tu maksudnya tudung tu memang tak yah gosok :P).
 zaman ni gak la aku bertindak bijak cari baju yang memang tak payah gosok langsung. kalau kain baju kurung tu kedut sikit tapi baju okay, aku bedal jer pakai. bukan ada orang tengok pun. praktikal pun kat dalam makmal komputer jer so mana ada orang nak kisah. *sedapkan hati sendiri*



so the conclusion is makin meningkat umur makin kau malas nak gosok baju and makin kau malas nak kisah pasal penampilan. (or aku jer yang camtu -_-")

that's all.. daa

p/s: jemput la tengok iklan nuffnang kat side bar kanan and atas tu.. :D

Comments

the most reading entry

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

Haid dan Istihadhah

Period/Haid Lewat 3 Minggu

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D