D.I.Y project untuk Deco / Hadiah / Baju.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku kalau main main google ni aku suka cari something yang menarik and simple and aku boleh buat sendiri dekat rumah, dekat office, dekat asrama, atau dekat jamban sekalipun a.k.a D.I.Y lah namanya.


D.I.Y ni macam macam kita boleh buat.. such as korang ubah suai baju or deco bilik dengan kreativiti korang mahupun make something yang baru untuk kereta atau rumah korang. mana la tau korang nak D.I.Y lansir rumah ke dengan buat langsir pakai boxer yang dicantum cantum. kira D.I.Y gak la tu.

dah dah.. taknak bebel panjang satgi ampa tidoq.

first of all D.I.Y baju.


interesting and pretty right?
step dia korang just potong baju meroon, merah dan hitam tu. potong lah ikut panjang mana ketinggian korang and lebihkan sikit setiap baju tu untuk jahit.
dalam gambar tu yg baju merah dia ambik setengah kebawah. maroon and hitam pulak dia start potong dari bawah ketiak. baju putih tu potong sikit jer untuk cantikkan shape baju maxi tu. 
then jahit la. takkan kau nak pinkan jer or gam pulak. tertanggal depan orang kang sia sia jer.


yang ni complicated sikit kalau nak buat corak dia sekali. tapi baju dia hitam tu just ptotng lengan and bukak kat bahu dia tu. lepas tu pandai pandai la korang nak lekatkan macam mana. paling penting kena kreatif yer.




Yang ni tengok jer pun dah tau kan.. just potong sikit bahagian lengan sampai ketiak korang terdedah and kemaskan. kalau boleh bulu ketiak tu pun pastikan kemas sekali kalau nak pakai baju gini.

kecikkan sikit saiz badan kemeja and panjang bahu kemeja tu...jahit then pakai belt. siap.

p/s: yang ni kalau korang nak cuba boleh kidnap baju bapak korang yer.


next... room, house and garden D.I.Y deco



having problem with messy pencil and pen on your study table? buat menda alah comel ni. pakai botol syampoo rejoice yang dah kosong pun boleh. Deco pakai kreativiti memasing yer.




kalau ada mana mana manusia yang tertanya ini apa. ini adalah tayar kereta yang isi angin tu yer. yang kat dalam tu.. bukannya spesis mechelin or dunlop.
kalau bagi aku pulak adalah pelampung untuk mandi kat laut time kecik kecik dulu.

caranya : isi angin kat tayar tu. then korang lilit menda alah tu pakai kain or benang (kalau korang larat nak lilit) dah siap tu ikat and pastikan tempat nak masukkan angin tu dililit tebal tebal. sakit woo kalau kena.
dah siap korang boleh la jadikan bantal untuk berehat bersama keluarga.
p/s: tidak lagi sesuai dijadikan pelampung selepas siap.


yang ni and bawah bawah tu malas nak cerita. lagipun dah ada step. tengok sendiri yer anak anak





menda alah atas ni memang pehmes orang buat. kau rendam benang tu dalam gam. sambil tu kau lilit la kat balon and biarkan gam tu kering. dah kering, letupkan jer balon tu.taraa dapat perhiasan yang comel lagi fantastic baby gitu.





siapa masih duduk asrama/kamsis... *saya*.. malas nak beli penyapu? penyapu dah patah sebab time cuti sem adik jadikan penyapu korang sebagai pedang *yer*
haa.. meh la try buat penyapu pakai botol plastik. dapat minum air sambil buat penyapu lepas tu. best kan.




D.I.Y untuk letak barang and boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah gak.





takde tempat nak letakkan surat and kunci? apa kata try menda alah yang cute ni. pakai bole tennis jer. then deco lah sikit bagi menarik. 




haa menda alah ni ady ada buat untuk aku. tapi dia buat suku botol jer. botol pun pakai botol air aku yang kecik comel ada gambar kartun kartun tu. then dia hadiahkan kat aku sempena birthday.
tergamam sat aku. First time dapat hadiah camtu dari lelaki. Dahla botol air aku lak tu. haishh -_-"

*bukan tak hargai, dah orang bagi kita terima jer la. sekarang bintang tu dah jadi sebagai rantai hawaii dah... cantik gak :D **

tu jer. selamat mencuba yer rakyat jelata.
k daa.



Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D