masalah windows 8.1 dan komputer HP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang ni aku tengah menjalani praktikal kat Hospital bla..bla..bla..
and dalam bulan 7 hari tu hospital ada sewa dalam 20 buah komputer hp dengan window 8.1.

komputer dah cantik, windows pun nampak macam gempak tapi masalah yang kerap berlaku adalah kalau korang nak shut down then tetiba gak windows tu menggedik nak configure and update bagai korang tak dibenarkan sama sekali terus switch off power cable. Korang kena bagi dia buat hal dia dulu and shut down sendiri.

kalau korang nak shutdown gak time dia configure or update tu memang 2 or 3 kali lepas tu komputer korang tak boleh on terus or tak boleh masuk windows.
macam nokharom jer perangai komputer ni. sebab kes ni gak la aku kena angkat komputer seluruh hospital. hmm sabar jer la.

setakat ni ada 3 kes dah.

kes pertama:

Jadi kat dewan bedah hospital ni. dahla nak masuk dewan bedah punya payah sebab nak kena tukar baju semua.

kes dia sebab time komputer tu tengah update time dia nak shut down dia main cabut plak gitu. masalahnya baru 2 or 3 hari pasang dah rosak -_-" memang tak boleh nak on langsung. bunyi kipas pun takde.

once aku dengan sekuat tenaga dah angkat komputer tu ke makmal ICT and Che M** dok clear CMOS dia baru okay.

kalau korang tertanya tanya CMOS tu apa, korang try la bukak casing komputer (CPU/unit sistem) baru and dekat motherboard tu ada butan kaler kuning. haa tekan jer menatang tu. then sambung balik power supply. sebelum nak tekan bnda tu kena cabut semua wayar tau termasuk power supply.

kes kedua:

haa yang ni jadi kat komputer baru penolong pengarah yang tersangat la kuat membebel.
aku pun tak tau apa dia buat tapi yang pasti dalam seminggu dua or tiga kali gak la aku pergi bilik dia sebab masalah dia dengan komputer. aku agak dia buta IT sebab masalah popup pun dia call ICT. hmm sabar jer la aku ni.

and satu hari tu tetiba pulak komputer dia tak boleh on. aku try clear CMOS pun tak menjadik. ahh sudah.. nak taknak terpaksa aku keluarkan tenaga janton aku and angkat komputer sejauh 200 meter dari ICT. check punya check hmm memang rosak terus. terus tukar motherboard baru. perghh..

kes ketiga:

jadi kat bilik store. tapi yang ni just tak boleh load window jer.
try restart balik pun tak boleh. Dia terus masuk skrin biru "Choose an option".

oleh sebab dia dah bagi option maka pilih jer la troubleshoot and aku buat refresh PC. tapi masih hampeh jawapannya. so nak tak nak pilih troubleshoot and buat system recovery. barulah demam kura kura windows ni sembuh and boleh guna macam biasa. nasib baik berjaya kalau tak mengangkat PC lagi la jawabnya.

Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D