Hantar Tasha Ke Airport and then ke US

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu dah buat entry pasal kitaorang lepaking together gether (Oh My English !)
So hari ni nak buat entry pasal hantar tasha ke Airport lak sebab dia nak study obersi (Oversea) kat US.


minah nak gi obersi tu kata family dia nak bertolak pukul 2, lambat kena tinggal. so aku dengan semangat usin bolt pukul 12 dah keluar rumah (gi settle payment kat bank dulu). then singgah rumah asra dulu untuk solat apa semua.

p/s: asra ni penternak kucing yang berjaya. and most of it adalah kucing parsi yang berbulu kembang lagi gebu. auwwww....

aku pun sempat la beramah mesra dengan ibu asra dan kucing kucing dia. Time nak solat tu pun elok jer dia duduk sebelah aku. ehh geram pulak haku. (kucing jer la, takkan ibu asra pun nak join sekali duduk sebelah aku, tak khusyuk aku satgi)

Then gerak ke rumah tasha tapi jeng..jeng..jeng... family member dia semua relax jer lagi. uwan dia pun baru sampai, ayah dia tengah solat. okay fineee.. puas aku rush dari pukul 12 tadi.
Tapi takpelah dapat lepak lepak sambil usha abang dia yang rupa copy paste tu.

p/s: on the way nak gi KLIA sempat lagi aku berlumba dengan abam (abang) tasha nih. wira (aku tak ingat wira or waja tp yg pasti proton. hehe) lumba dengan avanza.
mesti korang agak aku bawak wira kan. tapi silap beb..  tu abam dia bawak.

*ehh cam berlagak jer. padahal nak bayar tol pun orang belakang yg bukakan tingkap and bayar.*



Yeayy dah sampai airport sebelum asar lagi. flight minah ni pukul 9 or 11 malam gitu. erkk..
takpelah boleh lepak lagi yer dak. 
oh yer. tasha ni ala ala hipster sebenarnya tapi oleh sebab dia ni bawah JPA maka kena pakai ala ala skema sikit. tu pun banyak yang tak ikut. ehh steady jer la kan.

p/s: aku bukan lepas beranak walaupun pakai stokin belang belang gitu. just nak jaga aurat jer *kononnya*




entah apa kerjanya. buruk benor posing kau.

i don't care terkangkang asalkan makin tinggi. hikss..







Asra : Acik.. Uwan.. jom kita selfie
Uwan : uwan posing gini boleh? atok kau kata jelingan uwan menggoda.. aummm..




asra: Cik kiding...cik kiding.. jom la sekali selfie sekali
cik kiding: krik..krik..krik.. 


*bagusnya uwan tasha ni siap bawakkan bekal untuk cucu dia ni. tapi bagus gak cucu dia sebab pilih Mcd dari donut uwan eh. haiyoo*




Dalam pukul 6 gitu JPA dah suruh bebudak ni berkumpul and bla bla bla (malas nak cerita)
then on that time gak lah si gendut bin tuttt tu nak chat and call tasha bagai. 
ehh move on lah.. tasha nak cari abam mata biru kat sana. engkau apa hado, lemak jer banyak. ppuihh...
*astaga jahat sungguh mulut*

sian wooo.. bukan senang tau perempuan nak move on, then bila perempuan tu dah stabil mental dia kau nak kacau kacau lagi. berdarah balik hati dia tahu.
*ayat kemain.. cam ayat drama jer*

time kami nak balik memang masing masing bertakung jer kat mata tu. bye tasha tinggal la kau kat situ hingga malam. kalau nampak cahaya terang lagi putih jangan pergi.. ikut ahmad tau, jangan ikut cahaya tu.. sob..sob..


muka tasha yang alone lagi sendu sebab family tak tunggu sampai malam. 

ketika tasha sedang berduka sebab nak fly obersi kami dua ekor ni sempat melayan chicken chop yang kononnya rm5 kat banner depan kedai tapi bila tengok menu empat belas hengget. apakah? dah tamat promosi ke?


tak cukup dengan chicken chop kami dua ekor ni pergi karaoke untuk kurangkan rasa sedih yang menambat jiwa dan raga. jerit punya jerit dalam karaoke tu baru lega sikit. 

aku musykil yang kitaorang ni bersedih atau celebrate pemergian tasha. takpelah.. janji lega sikit perasaan sedih tu. sob..sob.. *hingus meleleh*


and minah tu lak ............









Selamat sampai dah kat michigan, US. siap gi party glow in the dark bagai. 
semoga berbahagia lah mak di sana yer. jumpa abam hensem sila tangkap gambar and send kat aku yer. hiks..hiks.. *gegedik*

That's all. Daa...




Comments

QasehnyaRania said…
berpisah sementara ye..
jauh tasha sambung belajar..
seronokkan muda muda dah merantau ke negara org..
semoga berjaya..
siti zulaikha said…
Qasehnya : tu la pasal. dia pandai ambik peluang walaupun perangai gila gila gitu. thanks :D

the most reading entry

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Haid dan Istihadhah

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D