alhamdulillah..

hari tu sy ada bwt post psal bismillah hri ni psal post ALHAMDULILLAH pulak...

ceritanya bergini...

~ pada masa dahulu ada seorang raja yang suka berburu dan dia mempunyai pembantu yang suka menyebut perkataan "alhamdulillah" walaupun bukan pekara yang baik terjadi..
~ pada suatu hari raja dan pembantunya pergi berburu di hutan.. apabila sampai ke tengah hutan raja tersebut ternampak seekor rusa dan terus menetapkan sasaran panah ... tetapi sasarannya kurang tepat dan rusa yang terkejut tu terus lari..
pembantu raja tersebut menyebut alhamdulillah... raja kurang senang dengan sikap pembantunya itu...

~ mereka pun berjalan jauh kedalam hutan lagi untuk mencari binatang buruan... dan apabila sampai ke satu tempat mereka ternampak seekor ayam hutan.. raja tidak berpuas hati kerana binatang buruan tersebut kecil akan tetapi pembantunya pula mengucapkan alhamdulillah raja hanya mendiamkan diri...

~memandangkan hari sudahpun menjelang ke petang maka raja tersebut terus menetapkan sasaran dan memanah ayam tersebut.. sasaran raja mengena maka pembantunya mengatakan alhamdulillah...

~ raja menyuruh pembantunya mengambilkan ayam tersebut untuk disembelih sebelum mati.. maka pembantunya mengambil la ayam tersebut dan membawanya kepada raja untuk disembelih..

tatkala raja tersebut ingin menyembelih ayam tersebut , secara tidak sengja tangannya telah terluka dan berdarah.. pembantunya yang nampak  hal tersebut mengucapkan alhamdulillah...

raja menjadi sangat murka lalu memenjarakan pemuda tersebut setelah sampai ke istana baginda..

keesokan harinya raja tersebut pergi berburu seorang diri kerana tidak berpuas hati dengan hasil buruannya semalam...
ketika sampai ketengah hutan puak kanibal ( orang makan orang) telah terjumpa raja yang berburu seorang diri tersebut..

mereka menangkap raja tersebut dan bawa raja itu ke perkampungan mereka.. raja tersebut disiap sediakan untuk dimasak dan dimakan...

akan tetapi puak tersebut mempunyai syarat untuk memakan orang, iaitu orang yang bakal dijadikan santapan haruslah tidak mempunyai parut atau luka..

maka raja tersebut pun diperiksa... dan dengan kuasa Allah s.w.t mereka mendapati ada luka di tangan raja yang luka kerana terkena pisau semalam oleh itu raja pun dilepaskan dengan selamat..

raja tersebut sangat gembira kerana terlepas daripada menjadi lauk kepada kaum kanibal tersebut dan mengucapkan alhamdulillah...

setibanya di istananya raja melepaskan pembantu baginda dan memberikan upah kepadanya...


-------> begitulah kisah tentang alhamdulillah pula... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya oleh itu kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuannya...


SEKIAN ...

Comments

the most reading entry

Hapuskan Bulu dengan Homemade Sugar Wax

Tomyam Telur (Resepi Campak Campak)

kisah seram di bukit putus.. (kuala pilah , negeri sembilan )

Haid dan Istihadhah

Biskut Coklat Rangup (The Simple One)

mujahidah

mujahidah

sol & farah

sol & farah

alia / intan ( intan farizatul alia )

alia / intan ( intan farizatul alia )

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

get ready 4 exam !!! {sol & aQ}

switzerland

switzerland

my lovely friend

my lovely friend
Dayah...Kartica...Azreen.. Me =D